Thursday, November 5, 2009

Aurat Seorang Perempuan, Terbeban ke Kita?




Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA. Smoge kite smua sntiase di dalam keredhaanNYA,amen. Saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat saya terutamanya sahabat perempuan saya berkaitan dengan aurat. Ramai perempuan sekarang ni rasanya sangat memahami hal-hal berkaitan aurat mereka. Ape yang perlu ditutup, ape yang leh ditonjolkan. Tapi, lagi ramai rasenya yang buat-buat tak paham dengan tuntutan agama ni.

Tutup aurat waktu-waktu tertentu je. Betul tak? Tutup aurat mengikut tempat, bukan kerana tuntutan. Bukan kerana kewajipan. Pelik, sangat pelik. Kalau tak percaya, cube tengok kat sekeliling kite. Yang ‘free hair’ tu, tak payah cakaplah, memang ramai. Perempuan yang jenis tutup aurat bile ke tempat-tempat tertentu je. Maksudnya, bila mereka gi ke majlis-majlis ilmu, masjid, tempat yang ade kematian, aurat mereka terjagalah. Pakai tudung, siap pakai baju kurung lagi. Alhamdulillah. Tapi, bile ke tempat laen, laenla plak care pemakaian mereka. Contohnya, g majlis keramaian ke. Ai, nak ikut kesesuaian dgn majlisla kononnya. Ikut fesyen terkinila. Menggadaikan aurat kerana tuntutan berfesyen, kesesuaian majlis. Erm, nak tanyala, pakaian muslimah tu, tak ikut tuntutan fesyen ke? Nanti kat akhrt, ad ke ditanye, nape tak ikut perkembangan fesyen? Biar orang tak senang dengan cara pemakaian kite, asalkan KEKASIH kite, senang dengan kite. Itu yang penting.

Sekarang ni tengok kiri kanan, depan belakang, ramai yang pakai baju, tapi hakikatnya macam tak pakai baju. Sekarang ni, bukan lelaki je dapat dose sebab perempuan tu tak tutup aurat, tapi golongan perempuan pun boleh dapat dose sebab sesetengah perempuan ni. Sedih, amat sedih.. Nak kuar gi bandar, carik barang pun, kena pikir dua tiga kali. Kalau tak penting, tak yahla kuar. Lagi terjamin sikit mata ni. Kesian kat lelaki-lelaki akhir zaman. Kesian kat perempuan-perempuan akhir zaman. Maruah kite da macam diperkotak-katikkan macam tu je. Eksploitasi perempuan ni, jangan cakaplah. Ai, jangan letak maruah kite begitu rendah sahabatku. Ingatlah, begitu susah Rasulullah saw agkat mrtabat kite dulu, tak kan senang-senang je kite sendiri nak rendah-rendahkan balik? Tak paham betul.

Sahabatku, nak tau pakaian kite tu da cukup syarat-syaratnye, senang je. Jika pakaian kite tu boleh dibawa solat, Alhamdulillah, pakaian itu da sangat baek buat kite. Sudah cukup ciri-ciri tuk tutup aurat dengan betul. Tapi, jika sebaliknye, paham-pahamla. Tengok-tengokla pe yang tak cukup tu, lebih-lebihkanlah. Ape yang kurang, tambah-tambahkanlah. Islam bukan agama yang membebankan. Bile pakaian da ‘proper’, nape nak susah-susah bawak telekung ke hulu ke hilir, sedangkan pakaian kite itu sudah cukup untuk dibawa solat? Islam tak menyusahkan. Dengan pakaian kite, da boleh solat. Da cukup untuk syarat sah solat. Tapi, kadang-kadang, manusia itu sendiri yang merumitkan keadaan. Betul tak?

Sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman dlm surah an-nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah menampakkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang ' aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung."



Dalam ayat di atas, dengan jelasnya ALLAH da bagitau kite cara-cara untuk tutup aurat kite dengan sempurna. Da ade panduan untuk kite. Jadi, ape lagi sahabatku? Jangan nanti bile mase kita sudah ditarik, baru nak menyesal.

Tengok balik pakaian kita. Adakah sudah cukup syarat-syaratnya? Macam mana dengan kelabuhan? Ketebalan? Kelonggaran? Kalau sumenya da cukup. Bagus, Alhamdulillah. Kalau tak, fikir-fikirkanlah..



Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

Sunday, October 18, 2009

Fikir, fikir dan Terus Fikir...

Salam buat shbt2...

Saya selalu terfikir, sekiranya saya diberi peluang kali kedua untuk mengubah hidup saya, adakah kehidupan saya sama dengan kehidupan saya pada masa kini. Atau lebih baik dan tidak mustahil lebih teruk.. Tapi, kenyataannya, kita tidak mampu mengubah ketentuanNYA. Masa tidak akan dapat diputar kembali, tidak akan dapat di ulang balik.. Atas dasarnya, manusia memang cepat lupa.. Lupa yang setiap menda yang berlaku pada hari ini, banyak yang akan mempengaruhi kita pada hari esok.. Lupe keperitan hari ini bila mendapat kejayaan pada hari esok.. Lupe yang stiap dari kita b’mula dari kosong.. Lupe,lupe dan akan terus lupe.. Dan ble smpai satu wktu, mula menyesali kekhilafan diri dan mgharapkan sesuatu yang mustahil untuk diperolehi. Itulah kelemahan insan yang bernama manusia.

Kadang-kadang saya terfikir, susahnya hidup ini. Ambil berat akan diri sendiri pun dah amat susah. Ini plak kena care sal sdare2 seagame ngn kta. Tapi,sbagai seorg yang beragama Islam,sorg muslim, wajib atas kita untuk ambil berat, ambil tahu menda2 yang berkaitan dengan sdare2 kita. Berat, memang berat.. Papepn, ALLAH itu Maha Adil, Maha Tahu. Tidak dibebankan atas hambaNYA melainkn DIA tahu yang kita mampu untuk menghadapinya. Yang selalu khilafnya, kita. X berusaha, tapi dah menyerah kalah. Asyik mengharap bantuan dari sahabat2, mengundur diri bila d ajak kedepan. Yang paling teruk, sesame kita pun adenya penyakit phd (prasaan hasad dengki). Sedangkan kita sebgai ummat Islam, dsuruh untuk memelihara persaudaraan sesme kta. Tp. Dgn adanye phd dlm diri, sampai bila2 pn kita tidak akan maju. Ummat Islam akan trus t’tindas, akan trus brada d bawah.

Saya slalu gak t’fikir akan ayat ni, ’ingatlah ALLAH, jiwa akn mnjadi tng”. Zikrullah, zikrullah, zikrullah.. Dan memang diakui jiwa akan tenang ble kte ingat aknNYA. Bknkah Tuhan telah b’firman, ktahuilah dgn mengingati ALLAH, jiwakan mnjadi tnang.. Tp, nak ingat DIA dalam hati kte, mmpukh kte? Ye, kte mmpu.. Kte mmg mmpu.. Tp brape rmai yg istiqamah dgnnya? Brape rmai yg sntiase ingtNYA d saat kte susah dan lebih2 lagi d saat sngnya kte?Mungkin boleh dblng dgn jari. Saya tahu sapelah saya untk tgur shbt2 saya. Sdgkn dri sndri xbtul, suke2 ati je nak tgur org laen. Mgkn itu yg t’dtik d ati sblingn dari kte. Tp, 1 yang saya pegang, sbgai sdare seagme, da mnjadi tggjwb kte tuk slg tgur-mnegur,ingt-mngingatkn. Dan saya amat ske ble ade shbt2 saya yg sudi mnegur kekhilafan saya. Shbt2 bginilah yang saya cari dan sntiase cari. Krane bg sy,shbt2 bginilah yg btul2 d nmekn sbg shbt.

Secara jujurnya, ape yang saya nak sampaikn kat sini adalah stiap dari kita d beri pilihan untuk mengubah diri kita atau untuk membuat keputusan yang terbaik. Tetapi, kita yang seharusnya bertanggungjawb d atas stiap baik buruknya pilihan kita itu. Kita yang perlu brani untuk mghadapi jalan yang telah kita pilih. Supaya kita yang tidak t’sgkur d akhir pilihan kita nti. Tidak mghrp mse tuk d putar kmbali (yang t’bukti mustahil ) buat mengubah plihan yg tlah kta buat dgn yakinny? Dan kita jugak yang mnentukan bgaimne bntuknya ummat Islam pada masa kini. Kita yang akan mencorakkanny dan kitalah yang akan mmbwa Islam ke tmpat yg slayaknya, insyaALLAH. Tp, ini smua adlh mustahil sekiranya kita masih mngamalkn sikap ‘keakuan’. X b’satu padu dan x b’satu hati. Duhai shbt2ku yg dcintai kranaNYA, ayuh, ayuh sme2 kte b’juang dalam mncari keredhaanNYA. Ayuh bsme2 kte tgakkn kalimah ALLAH d bumi ini. Ayuh kte kmbalikn kgemilangan Islam. Ayuh shbt2ku,ayuh. Smoge p’juangan kte ini d p’mudahkanNYA.ameen...
Ingatilah ALLAH, cintailah ALLAH, nescaye DIA akan mengingati dan mencintai kte.

Maka ingatlah kepadaKU, AKU pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKU dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)
Katakanlah ( Muhammad ), “Jika kamu mncintai ALLAH, ikutilah aku, nescye ALLAH mncintaimu dan mengampuni dose2mu.” ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.. (3:31)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 ( kebesaran ALLAH ) bagi org yang berakal ( iaitu ) orang2 yang mengingati ALLAH smbil b’diri, duduk atau dlm keadaan b’baring, dan mereka memikirkan ttg pnciptaan langit dan bumi ( seraya b’kta ), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mncipta smua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari azab neraka.” (3:190-191)



~smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

Saturday, March 21, 2009

Malunyer...

Salam buat sahabat2 yang dikasihi keranaNYA...

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi ini. Alhamdulillah kerana kita masih berupaya untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH. Alhamdulillah kerana kita masih dapat merasai nikmat pemberian dariNYA terutamanya nikmat iman.. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.

Kat sini saya nak kongsi serba sedikit dengan sahabat semua. Nak sebut sikit jer. Tentang malu. Malu? Em, pe ya yang kita faham dengan perkataan ni? Malu nak bercakap, malu nak tegur,malu nak pakai ‘seksa2’? Ai, susah juga tu. Erm, malu ni sebenarnya bermaksud perasaan yang mendorong seseorang menghindari perbuatan yang keji dan melakukan perbuatan yang terpuji. Malu ini atas dasarnya adalah satu perbuatan atau kelakuan yg amat baik.

“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Malu sebahagian dari iman.

“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Malu yang lahir melalui pengajaran ketuhanan mengenal ALLAH. Malu yang sebeginilah yang membawa kita kepada ketaqwaan kepada ALLAH, insyaALLAH. Malu, malu dan terus malu.. Bgus, amat bagus, Alhamdulillah.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Tapi kn, yang saya nak bincangkan kat sini adalah malu dari sudut yang berbeza. Misalnya, ada juga sebahagian dari kita malu untuk amar ma’ruf, nahi mungkar. “ish, malulah nak tgur, biar jerla dia camtu”,“malulah nak pose, nanti dikata nak tunjuk baik pula”,malula nak solat sunat banyak-banyak, nanti dikata riak pula”, “malulah nak sebarkan salam”..malulah itu dan malulah ini.. Persoalnnya kat sini ialah malu untuk berbuat kebaikan, erm, kira malu juga ke? Malu nak tegur maksiat yang terang-terang kat depan mata kita, kira malu yang baik juga ke?

Sahabat-sahabat, kalau semua orang segan untuk mengajak saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pada siapa lagi kita nak mengharap. Sanggupkah kita melihat kemungkaran terus berlaku di depan kita? Sanggupkah kita untuk terus melihat maksiat-maksiat yang semakin berleluasa kini? Sanggupkah kita untuk diheret ke neraka kelak (jika diri kita ini layak untuk syurgaMU ya ALLAH) lantaran tidaknya kita jalankan tanggungjawab kita ini terhadap saudara-saudara kita? Sanggupkah kita? Tepuk dada, tanya iman.

Saya masih ingat satu mesej yang saya dapat dari sahabat saya. Mesej tu masih saya simpan sampai sekarang kerana bagi saya banyak pengajaran yang saya dapat dari mesej tersebut. “Sahabatku, usahla segan untuk melakukan kebaikan yang secara terangan-terangan disuruh, digalakkan dan diredhai olehNYA. Ingatlah, syaitan akan selalu membisikkan yang kita lakukan sesuatu kebaikan itu kerana riya’. Sekiranya timbul rasa tidak ikhlas dalam diri kita walau sedikitpun, muhasabahlah diri kita dan istighfarlah kepada ALLAH. Ikhlaskan hati dan ingatlah, niatkan semuanya kerana ALLAH, bukan kerana riya’.” Moge kita diberi keinsafan olehNYA, ameen.

Ingatlah sahabatku, malu melakukan ketaatan kepada Allah adalah malu yang dilarang serta tercela seperti malu untuk menutup aurat, malu mengerjakan solat dan malu dalam melakukan amal kebaikan. Ayuh sahabatku, marilah kita bersama-sama berlumba dalam mencari keredhaanNYA. Bersama-sama mengumpul bekalan buat perjalanan kita menuju ke akhirat kelak.






~smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

Tuesday, March 10, 2009

Tanda-tanda Hati Mati...

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...

Banyak betul perkara yang berlaku tehadap diri ini pada minggu yang lalu. Betul-betul menguji keimanan dan kesabaran diri. Tapi, alhamdulillah, berkat pertolongan dariNYA melalui keluarga dan sahabat-sahabat saya, segalanya dapat diatasi akhirnya. Alhamdulillah.

Sedang asyik saya membelek salah satu buku kesayangan saya masa blaja kat matrik dulu, tiba-tiba saya ternampak satu coretan yang sudah agak lama tidak saya baca. Pesanan dari naqibah saya dulu. Dan hari ini saya nak sampaikan pesanan ini buat sahabat-sahabat saya pula. Iaitu faktor-faktor yang menyebabkab hati kita “mati”.

Di antara penyebab matinya hati kita ialah apabila kita malas untuk melakukan kebaikan dan amal soleh. Di ajak baca al-qur’an, “bizi”. Apabila di ajak ke masjid, ke majlis-majlis ilmu pula, banyakla alsan kita. Penatla, byak kejerla etc. Tapi, bila diajak keluar, boleh pula. Habis hilang segala penat lelah kita tu. Itu belum masuk lagi bab untuk ajak sahabat-sahabat lain sama-sama buat kebaikan. Em, jauh panggang dari api la jawabnya. Pernah sekali tu, hati saya begitu terusik dengan kata-kata sahabat saya ni. “Nurul, aku tak kisah kalau ko nak ajak aku gi mane-mane pun, tapi tolongla jangan ajak aku gi dengar talk. Aku sakit kepala bila dengar menda-menda baik ni. Ko pun tahu, kalu dengar lagu nasyid pun aku da rasa cam sakit sangat kepala, stress, ni kan pula ko nak suruh aku dengar talk. Kalau ko betul-betul sahabat aku, tolongla jangan ajak aku lagi”. Pada masa tu, hanya DIA yang tahu betapa hancurnya hati saya. Tapi, berputus asa pun bukan boleh selesaikan masalah kan? Dengan kata-kata itu juga buat saya makin galak mengajak sahabat saya tu. Pelbagai alternatif saya ushakan. Dan Alhamdulillah, sahabat saya makin menunjukkan sikap-sikap positif sehinggakan sekarang ni, dia pula yang mengingatkan dan mengajak saya ke majlis-majlis ilmu. Alhamdulillah.

Selain tu, kalau nak tahu hati kita ini masih hidup lagi atau dah mati, cuba-cubala baca al-qur’an. Atau kalau malas sangat nak baca, pasang je bacaan ayat-ayat al-qur’an tu. Pahami maksud kalamullah .Kalau ada perasaan takut dengan ayat-ayat al-qur’an tu, Alhamdulillah, hati kita masih lagi hidup. Tapi, kalau takde pape perasaan, paham-paham jela. Bila sebut tentang kalamullah ni, ingat lagi satu kisah yang diceritakan oleh naqibah saya ni. Tentang seorang hamba ALLAH (allahyarham) yang pernah menuntut di Darul Qur’an. Naqibah saya ini menceritakan bahawa ketika dekat dengan saat-saat kematian allahyarham, saudara kita ini telah menjadi imam utuk solat pada malam tersebut. Dia telah membacakan ayat-ayat dalam surah al-Hijr. Ketika sampai pada ayat 46, dia telah mengulangi ayat tersebut sebanyak 3kali. Beberapa hari selepas itu, saudara kita telah dijemput mengadap Ilahi. Sahabat-sahabat tahu tak maksud ayat yang diulang sebanyak 3kali itu? Terjemahannya, ALLAH berfirman, “Masuklah kedalamnya dengan sejahtera dan aman”. Subhanallah. Bahagianya jika kita juga ditempat saudara kita itu. Seolah-olah telah dijanjikan syurga buatnya. Papepun, wallahua’lam. Al-Fathihah buat allahyarham. Sama ada cerita ini betul atau tidak juga, wallahua’lam.

Sahabat-sahabatku, hati kita juga dah di kira mati bila kita melebih-lebihkan dunia dan kurang mengingati akhirat. Kita pun tahu sekarang ni penyakit ‘wahan’ ni makin berleluasa. Cintakan dunia, takutkan mati. Biasala, manusia akhir zaman kan. Semuanya fikir nak bahagia kat dunia ni je. Nak beli tu la, nak beli ni la. Nak enjoy la. Kalau tak caya, cuba tengok sambutan orang ramai bila ada konsert dan majlis ilmu dalam hari dan masa yang sama. Mana lagi ramai eh? Tepuk dada, tanya iman. Kalau konsert tu, belum mula lagi, da ramai setia menunggu. Nak tengok “idola-idola” kesayangan merekala.Kat sini nak tanyala sikit, nanti esok-esok, diaorang akan tolong anda ke? Dengan pakaian ntah pape tu, tu ke idola kita? Hurm,fikir-fikirla wahai sahabat. Tapi, kalau majlis-majlis ilmu ni, boleh kira dengan jari berapa orang yang datang. Dan yang datang tu pula, nak tengok remaja-remaja ni, amatla susah. Sedih betul. Em, sebut pasal enjoy ni, teringat masa cakap-cakap dengan seorang sahabat saya ni. Dia selalu cakap mak dia tak halang dia tuk wat papepun, tapi mak dia akan gitau kata-kata yang membuatkan dia berfikir. Sebagai contoh, dia mintak izin dengan mak dia tuk keluar dengan kawan-kawan, tengok wayang. Mak dia macam biasa, kasi jer. Tapi satu je mak dia cakap,”adik fikirlah, kalau ditakdirkan panggung wayang tu roboh atau adik meninggal masa tengah khusyu’ tengok wayang, pe agaknya keadaan adik nanti eh? Bila ditanya masa adik meninggal tu,pe yang adik tengah buat, pe yang adik nak jawab? Meninggal semasa tengok citer? Tak ke sedih tu?” Kata-kata mak sahabat saya tu, betul-betul wat saya berfikir. Secara jujur, saya jenis yang suka main. Roller coaster is my fav. Tapi bila ingat kata-kata mak sahabat saya tu, Alhamdulillah, perasaan nak main kat situ da hilang, Alhamdulillah. Saya jadi takut sekiranya ditakdirkan nafas saya terhenti nanti, ketika itu saya sedang bergembira dengan keseronokan duniawi tu. Papepun, terima kasih sahabatku. Terima kasih kerana menyedarkan diri ini.

Kurangnya mengingati dan mengagungkan ALLAH. Nak tanyala, rasa-rasanya, dalam sehari, berapa kali eh kita ingat DIA? Em, susah nak kira eh? K la, paling senang, dalam sejam,berapa kali kita ingat? Nape? Susah juga nak kira ke sahabat-sahabatku? Saya pun tak nak susahkan sahabat-sahabat kat sini. Rasanya kita sendiri tahu berapa banyaknya kita ingat akan DIA kn? Sebab hanya kita dan DIA yang tahu semua tu kn. Nak kongsila satu cerita kat sini. Masa tu duk dalam lrt (biasala, pengangkutan wajib tuk pelajar-pelajar macam saya ni), nampakla sorang sister ni. Khusyu’ betul saya tengok dia. Saya ni amatla tak suka tengok ragam-ragam manusia kat sekeliling saya, tapi tak tahula kenapa saya begitu tertarik dengan perwatakan sister ni. Amat sopan, amat baik. Muka dia penuh dengan ketenangan. Saya pun apalagi, terus tegur sister tu. Banyak yang saya cakap dengan akak ni. Salah satu nasihat dia yang saya sentiasa ingat ialah,”adik,hidup kita ni kejap je dik. Kita tak tahu bila kita akan mengadap DIA. Kita tak tahu apa yang akan berlaku terhadap diri kita nanti. Tak tahu ape yang menunggu kita. Nasihat akak, walau papepun yang adik buat, selalulah ingat DIA dik. Zikrullah, zikrullah dan zikrullah. Biar bila putusnya nafas kita nanti, pada masa tu kita sedang ingat akan DIA dik.” Ya ALLAH, betapa kata-kata dari akak tu begitu berbekas di hati ini. Akak, terima kasih di atas nasihat akak tu. InsyaALLAH, saya tak akan lupa. Betapa nikmatnya sekiranya diri ini meninggalkan dunia dalam keadaan mengingati diriMU ya ALLAH. “Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaaan kami asyik dalam rindu padaMU dan dalam keadaan kami tidak terleka dengan duniaMU, ameen...”.

Matinya hati kita juga dengan kurangnya atau tidaknya kita belajar dengan ayat-ayat qalmiah. Maksudnya hati yang tidak terpengaruh dengan setiap kejadian seperti kematian, bencana alam etc. Mungkin bila saudara-saudara terdekat dengan kita meninggal dunia, rasa sedih itu wujud. Tapi bila kita mendengar khabar kematian dari saudara-saudara yang jauh dari diri kita, sedikit persaan sedih pun belum tentu wujud dalam diri. Apatah lagi nak menginsafi bahawa setiap yang hidup itu pasti akan meninggalkan dunia ini. Bencana yang berlaku pun, kita hanya ambil mudah. Kita hanya menganggap itu adalah perkara biasa. Tidak ingat akan peringatan dari ALLAH. Terus terleka dengan dunia. Mungkin apabila bencana tersebut ditimpakan ke atas diri kita, baru kita akan sedar betapa tinggi atau rendahnya duduk kita di alam ini.

Wahai sahabat-sahabatku, ingatlah, kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ujian dan dugaan itu hanyalah untuk menguji sedlam mana keimanan dan kecintaan kita terhadap ALLAH. Jangan kita jemu dengan hidup ini sahabatku kerana sesungguhnya masih banyak lagi tugas yang belum kita langsaikan. Masih banyak lagi janji-janji yang belum kita lunaskan. Lihatlah diri kita, sudah berapa banyakkah amal soleh yang kita lakukan? Adakah kita solat pada waktu yang ditetapkan? Adakah kita bersedekah keranaNYA? Ayuh sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama berusaha dalam mencari keredhaanNYA.


“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”
[al-Nisaa’ 4: 69]


~smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

Wednesday, February 25, 2009

Ikhtilat Ikhwah & Akhawat.. Seksikah Kita???

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...

Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin/muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, ” Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin

“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.



Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)



Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam

~berbanyak terima kasih buat sahabat saya di atas perkongsian ini..
smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

Sunday, February 22, 2009

rEnuNgAn...


بسم الله الرحمن الرحيم

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.




Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.



Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "an neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Saturday, February 21, 2009

sAtu pErmuLaAn...



بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua...ini merupakan entri pertama y d tulis dalam blog gms (geng murai skampus). Aku rasa grup gms Nih plu ader blog, ye r, bebila ader aktiviti yang kita wat, mesti nak di abadikan kan or anything yang kita rase atau adr Ahli gms nak share paper kisah ker, nak story morry ke, kita masuk jerx kat blog gms nih. kita meriahkan lagi Blog nih even sblm nih kita dah ader grup kat frenster. Anyway, aku harap blog nih mndapat sambutan daripada ahli2 gms yang lain. harap dapat aktifkan dan biarlah blog kita nih sentiasa segar dengan pelbagai informasi, citer or apa sahaja yang difikirkan perlu. Aku mohon maaf Andai blog nih x lawa ke aper. wat pom dalam keadaan tgesa2 kerna bnyak menda nak wat lagi....hohoho...aktiviti gms yang terdekat adalah bengkel SPM semakmur...insyaAllah, kalu da paper informasi terbaru nanti, anouncement akan d buat kat grup frenster...Wish u all besh of luck n sumer2 sihat belake...email adress blog nih n juga pasword ader kat grup frenster...ok...bubye....chow!!!

dpd: ayiekyubi@loh (http://kacangbiji.blogspot.com/)