Thursday, November 5, 2009

Aurat Seorang Perempuan, Terbeban ke Kita?




Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA. Smoge kite smua sntiase di dalam keredhaanNYA,amen. Saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat saya terutamanya sahabat perempuan saya berkaitan dengan aurat. Ramai perempuan sekarang ni rasanya sangat memahami hal-hal berkaitan aurat mereka. Ape yang perlu ditutup, ape yang leh ditonjolkan. Tapi, lagi ramai rasenya yang buat-buat tak paham dengan tuntutan agama ni.

Tutup aurat waktu-waktu tertentu je. Betul tak? Tutup aurat mengikut tempat, bukan kerana tuntutan. Bukan kerana kewajipan. Pelik, sangat pelik. Kalau tak percaya, cube tengok kat sekeliling kite. Yang ‘free hair’ tu, tak payah cakaplah, memang ramai. Perempuan yang jenis tutup aurat bile ke tempat-tempat tertentu je. Maksudnya, bila mereka gi ke majlis-majlis ilmu, masjid, tempat yang ade kematian, aurat mereka terjagalah. Pakai tudung, siap pakai baju kurung lagi. Alhamdulillah. Tapi, bile ke tempat laen, laenla plak care pemakaian mereka. Contohnya, g majlis keramaian ke. Ai, nak ikut kesesuaian dgn majlisla kononnya. Ikut fesyen terkinila. Menggadaikan aurat kerana tuntutan berfesyen, kesesuaian majlis. Erm, nak tanyala, pakaian muslimah tu, tak ikut tuntutan fesyen ke? Nanti kat akhrt, ad ke ditanye, nape tak ikut perkembangan fesyen? Biar orang tak senang dengan cara pemakaian kite, asalkan KEKASIH kite, senang dengan kite. Itu yang penting.

Sekarang ni tengok kiri kanan, depan belakang, ramai yang pakai baju, tapi hakikatnya macam tak pakai baju. Sekarang ni, bukan lelaki je dapat dose sebab perempuan tu tak tutup aurat, tapi golongan perempuan pun boleh dapat dose sebab sesetengah perempuan ni. Sedih, amat sedih.. Nak kuar gi bandar, carik barang pun, kena pikir dua tiga kali. Kalau tak penting, tak yahla kuar. Lagi terjamin sikit mata ni. Kesian kat lelaki-lelaki akhir zaman. Kesian kat perempuan-perempuan akhir zaman. Maruah kite da macam diperkotak-katikkan macam tu je. Eksploitasi perempuan ni, jangan cakaplah. Ai, jangan letak maruah kite begitu rendah sahabatku. Ingatlah, begitu susah Rasulullah saw agkat mrtabat kite dulu, tak kan senang-senang je kite sendiri nak rendah-rendahkan balik? Tak paham betul.

Sahabatku, nak tau pakaian kite tu da cukup syarat-syaratnye, senang je. Jika pakaian kite tu boleh dibawa solat, Alhamdulillah, pakaian itu da sangat baek buat kite. Sudah cukup ciri-ciri tuk tutup aurat dengan betul. Tapi, jika sebaliknye, paham-pahamla. Tengok-tengokla pe yang tak cukup tu, lebih-lebihkanlah. Ape yang kurang, tambah-tambahkanlah. Islam bukan agama yang membebankan. Bile pakaian da ‘proper’, nape nak susah-susah bawak telekung ke hulu ke hilir, sedangkan pakaian kite itu sudah cukup untuk dibawa solat? Islam tak menyusahkan. Dengan pakaian kite, da boleh solat. Da cukup untuk syarat sah solat. Tapi, kadang-kadang, manusia itu sendiri yang merumitkan keadaan. Betul tak?

Sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman dlm surah an-nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah menampakkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang ' aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung."



Dalam ayat di atas, dengan jelasnya ALLAH da bagitau kite cara-cara untuk tutup aurat kite dengan sempurna. Da ade panduan untuk kite. Jadi, ape lagi sahabatku? Jangan nanti bile mase kita sudah ditarik, baru nak menyesal.

Tengok balik pakaian kita. Adakah sudah cukup syarat-syaratnya? Macam mana dengan kelabuhan? Ketebalan? Kelonggaran? Kalau sumenya da cukup. Bagus, Alhamdulillah. Kalau tak, fikir-fikirkanlah..



Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

No comments:

Post a Comment