Saturday, March 21, 2009

Malunyer...

Salam buat sahabat2 yang dikasihi keranaNYA...

Alhamdulillah, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi ini. Alhamdulillah kerana kita masih berupaya untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH. Alhamdulillah kerana kita masih dapat merasai nikmat pemberian dariNYA terutamanya nikmat iman.. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.

Kat sini saya nak kongsi serba sedikit dengan sahabat semua. Nak sebut sikit jer. Tentang malu. Malu? Em, pe ya yang kita faham dengan perkataan ni? Malu nak bercakap, malu nak tegur,malu nak pakai ‘seksa2’? Ai, susah juga tu. Erm, malu ni sebenarnya bermaksud perasaan yang mendorong seseorang menghindari perbuatan yang keji dan melakukan perbuatan yang terpuji. Malu ini atas dasarnya adalah satu perbuatan atau kelakuan yg amat baik.

“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Malu sebahagian dari iman.

“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Malu yang lahir melalui pengajaran ketuhanan mengenal ALLAH. Malu yang sebeginilah yang membawa kita kepada ketaqwaan kepada ALLAH, insyaALLAH. Malu, malu dan terus malu.. Bgus, amat bagus, Alhamdulillah.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Tapi kn, yang saya nak bincangkan kat sini adalah malu dari sudut yang berbeza. Misalnya, ada juga sebahagian dari kita malu untuk amar ma’ruf, nahi mungkar. “ish, malulah nak tgur, biar jerla dia camtu”,“malulah nak pose, nanti dikata nak tunjuk baik pula”,malula nak solat sunat banyak-banyak, nanti dikata riak pula”, “malulah nak sebarkan salam”..malulah itu dan malulah ini.. Persoalnnya kat sini ialah malu untuk berbuat kebaikan, erm, kira malu juga ke? Malu nak tegur maksiat yang terang-terang kat depan mata kita, kira malu yang baik juga ke?

Sahabat-sahabat, kalau semua orang segan untuk mengajak saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pada siapa lagi kita nak mengharap. Sanggupkah kita melihat kemungkaran terus berlaku di depan kita? Sanggupkah kita untuk terus melihat maksiat-maksiat yang semakin berleluasa kini? Sanggupkah kita untuk diheret ke neraka kelak (jika diri kita ini layak untuk syurgaMU ya ALLAH) lantaran tidaknya kita jalankan tanggungjawab kita ini terhadap saudara-saudara kita? Sanggupkah kita? Tepuk dada, tanya iman.

Saya masih ingat satu mesej yang saya dapat dari sahabat saya. Mesej tu masih saya simpan sampai sekarang kerana bagi saya banyak pengajaran yang saya dapat dari mesej tersebut. “Sahabatku, usahla segan untuk melakukan kebaikan yang secara terangan-terangan disuruh, digalakkan dan diredhai olehNYA. Ingatlah, syaitan akan selalu membisikkan yang kita lakukan sesuatu kebaikan itu kerana riya’. Sekiranya timbul rasa tidak ikhlas dalam diri kita walau sedikitpun, muhasabahlah diri kita dan istighfarlah kepada ALLAH. Ikhlaskan hati dan ingatlah, niatkan semuanya kerana ALLAH, bukan kerana riya’.” Moge kita diberi keinsafan olehNYA, ameen.

Ingatlah sahabatku, malu melakukan ketaatan kepada Allah adalah malu yang dilarang serta tercela seperti malu untuk menutup aurat, malu mengerjakan solat dan malu dalam melakukan amal kebaikan. Ayuh sahabatku, marilah kita bersama-sama berlumba dalam mencari keredhaanNYA. Bersama-sama mengumpul bekalan buat perjalanan kita menuju ke akhirat kelak.






~smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

2 comments:

  1. salam ikha,bagus r post awk nih.
    hehe len kali nta r byk2 ckit,sekadar utk mengingatkan sahabatmu yg lalai ini..
    tenks

    ReplyDelete